Wednesday, May 13, 2015

8 Langkah Untuk Gaya Hidup Sihat

8 Langkah Untuk Gaya Hidup Sihat

Minum Air Secukupnya
1. Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan
Diet yang Sihat
2.Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Jangan Merokok
3. Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan.
Bersenam
4. Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari.
Tangani Stress
5. Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan.
Tidur Berkualiti
6. Pastikan tidur anda benar benar berkualiti.
Terapi Aromaterapi
7. Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian.

5 Sikap Yang Boleh Membuatkan Anda Selalu Poket Kosong

5 Sikap Yang Boleh Membuatkan Anda Selalu Poket Kosong


Wang adalah keperluan, itu adalah benar dan kerana itulah kita perlu sentiasa mempunyai wang untuk melunaskan keperluan-keperluan lain kehidupan; makanan, pakaian, tempat tinggal.  Jika anda selalu kehabisan wang sebelum anda melangsaikan keperluan-keperluan kehidupan anda, mungkin anda tidak sedar yang selama ini anda dibelenggu 5 sikap yang membuatkan anda kehabisan duit lebih cepat dari orang lain.

1. Gopoh
Ya, anda mungkin tidak sedar kegopohan anda untuk menggunakan wang yang ada tanpa berfikir panjang samada wang itu digunakan ke tempat yang betul atau sebaliknya.  Mangsa selalunya akan merasa menyesal sesudah menyedari dirinya kehabisan wang kerana pembelian yang tidak dirancang.  Tetapi, sesal kemudian tidak berguna, kan?

2. Rambang Mata
Sikap ini sangat merbahaya untuk wang anda kerana ini adalah antara punca utama keborosan.  Jika anda merasa ingin membeli semua yang anda tengok di pasaraya, maka bersedialah untuk pokai lagi bulan ini kerana sikap rambang mata anda itu.  Selain dari sukar membuat pilihan antara barang keperluan dan kehendak, jika anda seorang yang rambang mata, anda mungkin sukar juga untuk merasa puas dengan apa yang dimiliki sekaligus menjadikan anda seorang yang tidak kisah menghabiskan duit untuk kepuasan hati.

3. Tak Tetap Pendirian
Belanjawan, menabung, buku kira-kira, senarai barang untuk dibeli, semuanya sudah anda sediakan kerana bulan ini anda tidak mahu poket kosong lagi seperti bulan-bulan sebelumnya.  Tetapi apabila sampai ke pasaraya, belanjawan kemana, senarai barang pun entah terbang menghilang tidak dapat dikesan.  Jika anda tidak tetap pendirian, masalah pokai sukar untuk pergi dari diri anda dan wang pula semestinya semakin sukar untuk melekat dalam poket.

4. Terlalu Bermewah
Mungkin anda memang sudah lama mengidamkan tas tangan Bally, tidak ada masalah jika anda mampu untuk membelinya.  Tetapi jika kewangan anda bukan berada pada tahap optimum lagi, lebih baik anda tangguhkan niat itu dulu jika tidak mahu berhutang dengan orang lain semata-mata ingin memuaskan kemahuan bermewah itu.  Ibarat pepatah, “Ukurlah baju pada badan sendiri”.
5. Tak Kisah
Tak kisah esok makan apa, tak kisah esok nak pergi kerja macam mana. Jika anda ada sikap sebegini, hentikan sekarang.  Sikap tidak ambil pusing tentang masa hadapan bukan sahaja membawa musibah dari segi kewangan tetapi juga kepada kehidupan secara keseluruhan kerana anda mungkin bukan setakat menyusahkan diri sendiri, anda mungkin bakal menyusahkan orang yang rapat dengan anda juga.  Golongan ‘tak kisah’ ini selalunya tidak kisah jika dalam dompet hanya ada RM200 dan membelanjakan semuanya sekaligus kerana mereka tidak mempunyai perancangan rapi tentang kewangan.  Akhirnya wang mereka akan habis dengan pantas tanpa mereka sedari.

dasar ekonomi baru

DASAR EKONOMI BARU

Sebelum 1970, dasar pembangunan Malaysia disasarkan terutamanya untuk menggalakkan perkembangan dengan penekanan kepada pasaran eksport. Walaupun ekonomi berkembang dengan cepat dalam tempoh ini pada purata tahunan 6.0 peratus, aspek pengagihan kurang diberikan penekanan. Ini menghasilkan ketidakseimbangan di antara kumpulan etnik yang memberi kesan negatif dalam bentuk rusuhan kaum pada tahun 1969.
Pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 telah melakar sejarah dalam pembentukan dasar ekonomi Malaysia. DEB menekankan kepentingan mencapai sasaran sosioekonomi seiring dengan pertumbuhan ekonomi sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan di dalam negara yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama. Matlamat utama DEB adalah untuk mewujudkan perpaduan negara. Bagi mencapai sasaran ini, dua strategi utama telah diwujudkan:
  • Untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan melalui peningkatan pendapatan dan penambahan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum;.dan
  • Untuk menyusun semula masyarakat bagi memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Salah satu aspek penting DEB adalah berteraskan premis ekonomi yang berkembang pesat. Ini memandangkan pertumbuhan ekonomi adalah satu keperluan bagi menyediakan peluang kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik untuk membolehkan mereka keluar dari kemiskinan dan turut serta dalam aktiviti ekonomi. Aspek ini juga memastikan bahawa pengagihan tidak diperuntukkan dari kekayaan sedia ada tetapi dari pengembangan dan punca baru kekayaan. Pelaksanaan strategi pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyakat menghasilkan kemajuan yang ketara menjelang 1990. Kadar kemiskinan berkurangan dari 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 16.5 peratus pada tahun 1990 dan seterusnya kepada 1.7 peratus pada 2012.

Dalam istilah penstrukturan ekuiti korporat, 66.3 peratus ekuiti korporat di Malaysia dimiliki oleh warga asing pada tahun 1970, sementara Bumiputera memiliki hanya 2.4 peratus. DEB menetapkan sasaran penstrukturan berupa 30:40:30, di mana menjelang 1990, pegangan kaum Bumiputera patut mencapai 30 peratus, rakyat Malaysia yang lain 40 peratus dan warga asing 30 peratus, di dalam konteks ekonomi yang berkembang. Pada tahun 1990, bahagian ekuiti Bumiputera bertambah kepada 19.3 peratus dari keseluruhan jumlah ekuiti korporat, dan pegangan rakyat Malaysia yang lain bertambah kepada 46.8 peratus dan 33.9 peratus untuk warga asing dan nomini. Walaupun Bumiputera tidak mencapai sasaran 30 peratus pegangan ekuiti menjelang 1990, kemajuan yang dihasilkan oleh mereka adalah cukup besar berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 1970. Menjelang 2010, jumlah nilai ekuiti telah berkembang dengan pesat dan meningkatkan nilai pegangan mutlak semua kumpulan.

Strategi pembasmian kemiskinan Malaysia sentiasa menumpukan kepada pembangunan sumber manusia dan kualiti hidup. Inisiatif yang dilaksanakan menekankan kepada program berbentuk produktif dan bukan secara kebajikan, kecuali dalam kes-kes tertentu di mana bantuan secara langsung perlu diberikan. Langkah ini adalah untuk memastikan golongan miskin dapat berdikari dan turut serta dalam aktiviti ekonomi.
Strategi pembangunan luar bandar melibatkan pelbagai program pembasmian kemiskinan seperti program agropolitan secara bersepadu dan peladangan kontrak; program keusahawanan termasuk akses kepada pembiayaan kredit mikro; perkhidmatan sokongan pertanian termasuk infrastruktur saliran dan pengairan; pembangunan industri kampung/kecil; penyediaan infrastruktur luar bandar termasuk jalanraya, eletrik dan air; dan perkidmatan sosial seperti kesihatan, sekolah, bantuan makanan dan penempatan semula setinggan.

Program penyususan semula masyarakat menumpukan kepada strategi berikut:
  • Campurtangan Kerajaan melalui pewujudan agensi khas untuk memastikan penyertaan ekonomi dan pemilikan ekuiti Bumiputera yang berkesan;
  • Memperkenalkan peraturan dan kerjasama khusus, di mana penglibatan dan penyertaan Bumiputera dipermudahkan bagi suatu tempoh masa;
  • Peruntukan untuk konsesi fiskal dan bantuan kewangan sebagai sebahagian dari pakej ke arah pembangunan keusahawanan;
  • Memesatkan program untuk pendidikan dan latihan;
  • Menambahkan pemilikan Bumiputera melalui projek penswastaan; dan
  • Mewujudkan keseimbangan di dalam pekerjaan melalui pertumbuhan ekonomi yang saksama untuk mencerminkan komposisi etnik.

Kebaikan & Keburukan Laman Sosial

Kebaikan & Keburukan Laman Sosial


Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Laman sosial seperti “Facebook”, “My Space”, “Frienster”, “Twitter” dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di negara ini terutamanya golongan remaja. Laman sesawang rangkaian sosial tersebut telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat masa kini. Remaja kini telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Secara tidak langsung, penggunaan laman sosial ini telah memberikan kesan positif dan negatif terhadap gaya hidup para remaja. 

Sebagaimana yang kita ketahui,penggunaan laman sosial dapat menambah kenalan yang baru di samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula. Apabila seseorang itu telah menamatkan sesuatu pengajian di sekolah menyebabkan mereka telah terputus hubungan antara satu sama lain. Laman sosial ini digunakan sebagai suatu medium utama untuk mencari kenalan lama yang telah terputus. Mereka dapat mengetahui kerjaya yang telah diceburi oleh rakan dan dapat berinterasi antara satu sama lain. Gambar yang telah diletakkan di dalam profil juga boleh dilihat dan dikomen oleh semua rakan. Mereka juga dapat menyampaikan maklumat seperti mengadakan satu perjumpaan di sesuatu tempat dengan mengumpulkan guru-guru dan rakan-rakan. Perkara ini menjadi mudah kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga dengan cara menggunakan kemudahan yang sedia ada. Jadi jelaslah bahawa penggunaan laman sesawang sosial boleh menambahkan kenalan yang baru.

Selain itu,ramai remaja juga menghabiskan masa mereka dengan laman sosial. Dengan adanya laman sesawang sosial, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman sesawang sosial seperti Facebook dan Twitter. Mereka juga dapat menjadikan laman sesawang sosial tersebut sebagai alternatif untuk menambahkan pendapatan bulanan mereka. Orang ramai boleh membeli dengan mengklik di laman sesawang dan barangan tersebut akan dihantar melalui pos laju. Siapa sahaja yang berminat untuk membeli barangan tersebut hanya membayar dengan memasukan wang ke dalam bank yang telah ditetapkan oleh penjual. Oleh itu, medium ini dapat menjimatkan masa dan tidak perlu bersesak-sesak di pusat membeli belah untuk membeli sesuatu barangan.

Penggunaan laman sosial bukan sahaja mendatangkan kesan yang positif malah mendatangkan kesan negatif iaitu penggunaan laman sosial melalui internet menyebabkan berlakunya banyak penipuan atau pemalsuan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya dalam kalangan remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru dikenalinya melalui laman sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, perkara ini berlaku apabila pasangan dalam laman sosial menghantar sistem pesanan ringkas(sms) untuk membuat temu janji dengan menyatakan tempat dan masanya. Seterusnya, remaja perempuan tersebut akan pergi ke tempat yang telah dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun demikian, setibanya di tempat yang dinyatakan oleh kenalan laman sosial itu, mereka mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadi mangsa rogol.

Selain itu,penggunaan laman sosial menyebabkan golongan remaja menjadi lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi pelajaran dalam kalangan remaja. Hal ini akan menyebabkan mereka mengabaikan pelajaran kerana tiada masa yang diperuntuk untuk mengulang kaji pelajaran.Apabila berlangsungnya sesuatu peperiksaan markah yang diperolehi merosot dari peperiksaan sebelum ini menyebabkan mereka tercari-cari kesilapan yang telah dilakukan untuk diperbetulkan. Golongan pelajar yang menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang melalaikan masyarakat. Oleh itu, penggunaan laman menyebabkan seseorang itu membazir masa.     


Kesimpulannya, penggunaan laman sosial ini mendatangkan pelbagai kebaikan dan keburukan kepada golongan remaja. Namun impak negatif yang wujud harus diberi perhatian yang serius oleh pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap laman sesawang sosial yang tidak bertanggungjawab. Sebagai manusia yang berakal pastinya kita perlu menangkis setiap perkara yang buruk. Pepatah ada mengatakan bahawa “mencegah itu lebih baik daripada mengubati".

Pelbagai etnik jadikan Malaysia negara unik

Pelbagai etnik jadikan Malaysia negara unik




sumber asal : new sabah times – http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/44043
MALAYSIA adalah sebuah negara yang terkenal dengan kepelbagaian kaum, budaya dan adat resam. Perpaduan yang terjalin di antara warga berbilang kaum di negara ini adalah resepi utama kepada kejayaan Malaysia mempertahankan kemerdekaannya. Perpaduan adalah perkara penting setiap negara-bangsa yang bebas dan berdaulat. Ia bukan sekadar suatu perlembangaan, tetapi berupaya mencetuskan keharmonian sosial, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi.
Sekiranya berlaku perbezaan pendapat, ia akan diselesaikan secara aman melalui sikap bertolak ansur dan hormat-menghormati antara kaum. Inilah yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dan berbeza daripada negara-negara lain di dunia.
Terdapat juga kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum-kaum ini adalah kumpulan etnik majoriti di bahagian Semenanjung Malaysia. Namun begitu, terdapat juga sebilangan kecil kaum ini yang menetap di Sabah dan Sarawak. Kaum Melayu menganut agama Islam dan bertutur dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai dialek lain yang bersifat kedaerahan dan keturunan turut dituturkan oleh bangsa Melayu. Kaum ini berpegang kepada adat resam Melayu yang diwarisi daripada generasi terdahulu di dalam kehidupan seharian mereka. Perayaan utama kaum Melayu ialah hari Raya Aidilfitri dan hari Raya Korban.
Kaum Cina kebiasaannya menganut agama Buddha atau Kristian. Terdapat tiga dialek berbeza di dalam Bahasa Cina yang dituturkan oleh masyarakat Cina di Malaysia. Dialek tersebut ialah Hokkien, Kantonis dan Mandarin. Mereka mengamalkan adat resam kehidupan kaum Cina sebagaimana yang diamalkan di Tanah Besar Cina. Perayaan utama masyarakat Cina ialah Tahun Baru Cina.
Kaum India adalah kumpulan etnik terkecil di antara ketiga-tiga kumpulan etnik utama di Malaysia. Mereka kebanyakannya bertutur dalam Bahasa Tamil dan menganuti Hindu. Mereka juga berpegang teguh kepada adat resam seperti yang diamalkan oleh kaum India di Selatan India. Perayaan utama masyarakat India ialah Deepavali.
Selain daripada tiga kelompok etnik utama itu, Malaysia juga mempunyai kepelbagaian kumpulan etnik peribumi. Kebanyakan etnik peribumi ini terdapat di negeri Sabah dan Sarawak. Namun begitu, Semenanjung Malaysia juga mempunyai penduduk dari kaum etnik peribumi yang dikenali sebagai Orang Asli.
Orang Asli yang terdapat di bahagian Semenanjung Malaysia boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan utama iaiatu Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Setiap kumpulan etnik Orang Asli ini mempunyai bahasa pertuturan dan budaya adat resam yang tersendiri. Mereka biasanya tinggal di kawasan pedalaman dan jauh daripada kepesatan pembangunan.
Sabah pula mempunyai penduduk yang terdiri daripada lebih daripada 32 suku kaum peribumi. Namun begitu, kaum etnik yang terbesar adalah Kadazandusun, Bajau dan Murut. Kadazandusun adalah kumpulan etnik terbesar di Sabah. Ia terdiri daripada dua kaum iaitu Kadazan dan Dusun yang digabungkan bersama kerana mempunyai bahasa dan budaya yang serupa.
Perbezaan di antara kedua-dua kaum ini adalah dari segi loghat bahasa dan lokasi penempatan mereka. Etnik Kadazan tinggal di kawasan lembah manakala etnik Dusun menetap di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah. Bajau adalah kumpulan etnik peribumi kedua terbesar di Sabah. Mereka berasal daripada keturunan pelaut yang menyembah ‘ Omboh Dilaut’ ( Tuhan Laut) dan mereka juga dikenali sebagai gipsi laut. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan Semporna dan Kota Belud. Kaum lelaki masyarakat ini juga digelar sebagai ‘Koboi Timur’ kerana kemahiran mereka menunggang kuda.
Etnik peribumi ketiga terbesar di Sabah adalah kaum Murut. Secara tradisinya, mereka mendiami kawasan pedalaman di utara Borneo. Mereka menjalankan kegiatan bercucuk tanam dengan menanam padi huma dan ubi kayu. Mereka juga menjalankan kegiatan berburu dengan menggunakan sumpit serta menangkap ikan.
Seperti di Sabah, negeri Sarawak juga kaya dengan keplebagaian kaum dengan memiliki lebih kurang 28 kumpulan etnik peribumi. Bagaimanapun, terdapat beberapa kumpulan etnik utama di Sarawak iaitu daripada suku kaum Iban, Malanau dan Bidayuh. Selain daripada etnik utama ini, Sarawak juga turut dihuni oleh kaum Bisaya,Orang Ulu, Kedayan dan lain-lain.
Suku kaum Iban adalah kumpulan etnik terbesar di Sarawak. Mereka tinggal secara berkumpulan di rumah tradisional yang dikenali sebagai rumah panjang. Kebanyakan daripada masyarakat Iban pada hari ini menganuti agama Kristian tetapi masih mengekalkan amalan tradisi adat resam nenek moyang mereka.
Melanau adalah salah satu daripada masyarakat peribumi utama yang mendiami Sarawak. Pada masa kini, kebanyakan masyarakat Melanau memeluk agama Islam dan Kristian berbanding kepercayaan asal mereka, Animisme. Mereka menjalankan kegiatan menanam padi dan sagu selain menangkap hasil laut.
Dalam pada itu, kebebasan setiap bangsa untuk mengamalkan kepercayaan, adat resam dan kebudayaan masing-masing menjadi asas kepada kesejahteraan negara. Selain dari itu, sikap toleransi antara kaum yang diamalkan turut menjadi benteng kepada anasir-anasir yang boleh mengakibatkan ketegangan hubungan antara kaum. Sesungguhnya perpaduan yang dicapai ini adalah merupakan suatu anugerah yang perlu disyukuri dan dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.


my favourite cake ^^

RESEPI KEK BATIK

Bahan-Bahan nya :
1) 2 cawan milo
2) 2 sudu besar serbuk koko
*tak letak pun xpe*
3) ½ tin susu pekat manis (tin yg biasa) *ikut tahap kemanisan masing2..
4) 1 buku buttercup
5) 1 paket biskut meri (plain)
6) 1 sk esen vanilla

cara penyediaan:
1) Cair kan butter dalam periuk.. bila dah cair masukkan susu pekat.. gaul sebati..api sederhana..
2) Masukkan milo dan serbuk koko ke dalam periuk.. gaul sehingga sebati..
Pastikan tiada milo yg berketul2..
3) Masukkan esen vanilla dalam periuk.. gaul sebati dan padam api..
4) Masukkan biskut yg telah di patah kan ke dalam periuk dan gaul rata..(biskut meri tu boleh patah 4.. patah 2 boleh.. tapi jangan sampai hancur okeh..)
5) Masukkan dalam bekas/Loyang yg sudah dialas dgn plastic.. (letak plastic untuk memudahkan proses nak keluarkan dari bekas nanti)
6) Padatkan kek batik di dalam bekas tadi dengan menekan2 belakang sudu ke permukaan kek batik tu..bila dah padat simpan dlm peti sejuk at least 4 jam supaya keras..

Siap.. untuk memudahkan potong boleh keluarkan 30minit before potong.. ^_^


DINNER BPM 2015


"MAJLIS ANUGERAH UNGGUL" & "ANNUAL GRAND DINNER BPM 2015"
UNDER THE SEA
OCEAN VIEW BRASMANA HOTEL, KUALA PERLIS.
Alhamdulillah berjalan dengan jayanya walaupun dapat pelbagai rintangan yang dihadapi.
#dengan hujan lebatnya
#dengan ributnya
namun berjalan dengan jayanya.. thanks to Allah SWT.